Sunday, August 13, 2017

AL-FATIHAH

Allah, rasanya dah lama sangat tak login blog nie. Last tahun 2016 haritu kot. Dah setahun rupanya. Dalam masa setahun ni banyak benda dah berubah dalam hidup aku. Ya, banyak sangat. Tahun ni Allah hadirkan seorang insan yang bernama suami. Tahun ni dah tukar status tau! Dah jadi puan Ervina. Alhamdulillah, syukur pada Allah 29 hb januari aku dah selamat diijabkabul dengan seorang jejaka. Jejaka yg xpernah berputus asa nak menawan hati. Ececehh 😝. Tapi dalam kebahagiaan tu Allah hadirkan ujian buat aku, buat kami sekeluarga. 19 hb april ibunda tercinta dimasukkan ke hospital sbb ada masalah pada hati. Allah, masa tu aku jauh. Tengah praktikal di Perlis. 42 hari ibunda warded. Masa tu doc tak boleh detect lagi ape penyakit sebenar ibunda. Tapi doc suspect ibunda menghidap penyakit kanser . ALLAH, bg kami terlalu berat ujian dari Mu saat itu. Ibunda yang tak pernah sakit. Demam pon jarang sekali tapi tiba-tiba dikejutkan dengan berita ini. Hari2 kami sebagai anak berdoa utk ibunda. Moga itu hanya kesilapan. Kami harap penyakit ibunda tak seserius itu. Kami berharap dan terus berharap. Seminggu sebelum ibunda discharge, keadaan ibunda makin teruk. Mata kulit semua jadi kuning. Mungkin sbb kanser tu dah merebak kehati. Hiba, sayu lihat keadaan ibunda saat itu.  Selepas berbincang dengan semua ahli keluarga, kami sepakat bawak ibunda pulang. Walaupun masa tu doc masih tak dapat nak kesan penyakit sebenar ibunda kami. Kami tawakal. Bawak ibunda pulang dan ikhtiar untuk berubat kampung. Dua minggu dirumah, keaadaan ibunda makin teruk. Hilang selera makan. Tak bercakap, tapi ibunda tak pernah menyusahkan kami anak-anak. Petang tu aku terima panggilan daripada pihak hospital. Doc cakap dia dah dapat kesan penyakit ibunda. ' kanser saraf usus'. Ya, doc cakap penyakit yang jarang berlaku. Sbb tu pihal hopsital tak dapat kesan pada mulanya. ALLAH, masa tu kami dah redha. Kami putuska  tidak lagi membawa ibunda ke hospital. Lagipon ibunda tidak mahu ke hospital. Kami ikuti kemahuan ibunda. Hari2 kami akan suap ubat pada ibunda. Walaupun ibunda menolak. Mungkin dah tidak berdaya untuk menelan kesemua ubat-ubat tu. Masuk bulan syawal. Satu syawal, malam raya aku balik ke rumah husband. Raya pertama aku sebagai isteri. Tapi rumah aku and husband takla jauh mana lebih kurang dlm sejam. Sebelum balik aku sempat minta ampun pada ibunda. 1 syawal waktu tengahari aku balik ke rumah. Sayuu. Rumah sunyi tanpa suara ibunda. Sebab ibinda tengaj terlantar sakit. Tahun2 sebelum ini ibunda la org yg paling sibuk menyediakan juadah di dapur. Keadaan ibunda mcam biasa. Banyak tidur dari berjaga. 6 syawal, jumaat, tepat jam 4.40 pagi ibunda tercinta bertemu dengan Pencipta. Masa tu hanya Allah yang tahu. Rasa kosong, dunia jadi gelap. Siapalah kami tanpamu bonda. Sepanjang 25 tahun aku hidup, semuanya aku bergantung padamu. Sakit demamku ibunda la org yang paling mengambil berat. Segala urusan pengembumian bonda sangat lancar. Alhamdulillah. Hujan rintik2 seakan mengerti akan kesedihan kami saat itu. Ramai yg datang menziarahi. Semuanya menyebut tentang kebaikan mu bondaa. Anak-anak bangga dapat ibu sepertimu. Sejauh mana sayang kami pada bonda, kami redha dengan kepergianmu. ALLAH lebih sayangkan bonda. Berehatla bonda. Berehat lah dari dunia yang fana ini. Tiba masa nanti kita jumpa lagi. Tunggulah kami anak-anakmu disyurga Allah. In shaa Allah. AL-FATIHAH utk bonda tercinta.