Miss Ervina Zendri
Sunday, August 13, 2017
AL-FATIHAH
Allah, rasanya dah lama sangat tak login blog nie. Last tahun 2016 haritu kot. Dah setahun rupanya. Dalam masa setahun ni banyak benda dah berubah dalam hidup aku. Ya, banyak sangat. Tahun ni Allah hadirkan seorang insan yang bernama suami. Tahun ni dah tukar status tau! Dah jadi puan Ervina. Alhamdulillah, syukur pada Allah 29 hb januari aku dah selamat diijabkabul dengan seorang jejaka. Jejaka yg xpernah berputus asa nak menawan hati. Ececehh 😝. Tapi dalam kebahagiaan tu Allah hadirkan ujian buat aku, buat kami sekeluarga. 19 hb april ibunda tercinta dimasukkan ke hospital sbb ada masalah pada hati. Allah, masa tu aku jauh. Tengah praktikal di Perlis. 42 hari ibunda warded. Masa tu doc tak boleh detect lagi ape penyakit sebenar ibunda. Tapi doc suspect ibunda menghidap penyakit kanser . ALLAH, bg kami terlalu berat ujian dari Mu saat itu. Ibunda yang tak pernah sakit. Demam pon jarang sekali tapi tiba-tiba dikejutkan dengan berita ini. Hari2 kami sebagai anak berdoa utk ibunda. Moga itu hanya kesilapan. Kami harap penyakit ibunda tak seserius itu. Kami berharap dan terus berharap. Seminggu sebelum ibunda discharge, keadaan ibunda makin teruk. Mata kulit semua jadi kuning. Mungkin sbb kanser tu dah merebak kehati. Hiba, sayu lihat keadaan ibunda saat itu. Selepas berbincang dengan semua ahli keluarga, kami sepakat bawak ibunda pulang. Walaupun masa tu doc masih tak dapat nak kesan penyakit sebenar ibunda kami. Kami tawakal. Bawak ibunda pulang dan ikhtiar untuk berubat kampung. Dua minggu dirumah, keaadaan ibunda makin teruk. Hilang selera makan. Tak bercakap, tapi ibunda tak pernah menyusahkan kami anak-anak. Petang tu aku terima panggilan daripada pihak hospital. Doc cakap dia dah dapat kesan penyakit ibunda. ' kanser saraf usus'. Ya, doc cakap penyakit yang jarang berlaku. Sbb tu pihal hopsital tak dapat kesan pada mulanya. ALLAH, masa tu kami dah redha. Kami putuska tidak lagi membawa ibunda ke hospital. Lagipon ibunda tidak mahu ke hospital. Kami ikuti kemahuan ibunda. Hari2 kami akan suap ubat pada ibunda. Walaupun ibunda menolak. Mungkin dah tidak berdaya untuk menelan kesemua ubat-ubat tu. Masuk bulan syawal. Satu syawal, malam raya aku balik ke rumah husband. Raya pertama aku sebagai isteri. Tapi rumah aku and husband takla jauh mana lebih kurang dlm sejam. Sebelum balik aku sempat minta ampun pada ibunda. 1 syawal waktu tengahari aku balik ke rumah. Sayuu. Rumah sunyi tanpa suara ibunda. Sebab ibinda tengaj terlantar sakit. Tahun2 sebelum ini ibunda la org yg paling sibuk menyediakan juadah di dapur. Keadaan ibunda mcam biasa. Banyak tidur dari berjaga. 6 syawal, jumaat, tepat jam 4.40 pagi ibunda tercinta bertemu dengan Pencipta. Masa tu hanya Allah yang tahu. Rasa kosong, dunia jadi gelap. Siapalah kami tanpamu bonda. Sepanjang 25 tahun aku hidup, semuanya aku bergantung padamu. Sakit demamku ibunda la org yang paling mengambil berat. Segala urusan pengembumian bonda sangat lancar. Alhamdulillah. Hujan rintik2 seakan mengerti akan kesedihan kami saat itu. Ramai yg datang menziarahi. Semuanya menyebut tentang kebaikan mu bondaa. Anak-anak bangga dapat ibu sepertimu. Sejauh mana sayang kami pada bonda, kami redha dengan kepergianmu. ALLAH lebih sayangkan bonda. Berehatla bonda. Berehat lah dari dunia yang fana ini. Tiba masa nanti kita jumpa lagi. Tunggulah kami anak-anakmu disyurga Allah. In shaa Allah. AL-FATIHAH utk bonda tercinta.
Saturday, April 23, 2016
Kun fayakun
Kenapa kau mudah melatah bila Allah uji sikit? Cuba ingat balik apa nikmat yang Allah dah berikan. Nikmat islam, kesihatan, kesenangan. Nikmat apa lagi yang kau dustai? Sungguh, hati remuk, sakit bila tak dapat apa yang kita nak kan. Tapi satu kau kena ingat, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sejauh mana kau merancang, setinggi mana impian kau, bila Allah tak tunaikan, percayalah Dia dah atur sesuatu untuk kita. Sakit bila dikhianati. Sakit bila dibohongi . Sakit bila diberi harapan palsu. Tapi setiap berlaku ada hikmahnya. Ada sebab kau kenal seseorang. Dan ada sebab kenapa Allah pusahkan kau dari dia. Mungkin selama ini kita terlalu lalai. Lalai dengan hububgan yang tidak pasti. Hanya angan2. Angan2 yang kau bina dan kau sendiri hancurkan. Mana impian? Mana janji2? Janji2 untuk menghalalkan hubungan. Sekelip mata kau berubah hati. Sekelip mata kau berpaling hati. Tahniah. Tahniah untuk kebahagiaanmu. Tahniah selamat menjadi suami org lain. Yaa, takdir Allah siapa tahu. Moga Allah kuatkan hati. Ikhlaskan hati ini untuk redha. Ikhlaskan hati ini untuk terima setiap ketentuanMu. Hanya Engkau yang tahu apa yang baik dan buruk. Kun fayakun, bila Dia kata jadi maka jadilah. Terima kasih untuk harapan ini. Terima kasih untuk luka ini. Terima kasih untuk semua impian. Terima kasih untuk segala-galanya.
Wednesday, September 11, 2013
sahabat..lalalalal~
kawan, teman, sahabat?.. apakah perbezaannya?..bagi aku sama jer, cuma ejaan lain..haha.. pernah xdengar org cakap?.kawan dengan orang baik, kita pon jadi baik, tapi kalo berkawan dengan orang yg kurang baik, kita pon jadi terikot2 sama..kadang2 kita kena pegang dengan kata-kata tuu..sbb kata2 tuu ada betolnya..so,berhati-hatilah memilih kawan.. ada kawan yg sering ada saat kita susah n senang, tp ade jugak jenis kawan yg suka amek kesempatan,..ade time senang jer..bila susah, langsung xpndang.. ade jugak jenis kawan yang suka ajak buat benda2 yang xsepatotnye or xberfaedah, tp ada jugk kawan yg selalu memberi nasihat, membawa kite ke jalan yg benar.. sbb dalam dunia ade berbagai jenis manusia..so, be careful. sebenarnya, kita ade hak utk memilih.. maksud aku, bukan memilih kwn dengan hanya memndang harta, pangkat, n rupa semata-mata..tp kite pilih kawan yg kita rase hepy bile bersame, mereka ade time kite susah n senang, mereka xpernah nk ambik kesempatan , mereka juga xpernah ajar kita berbuat jahat.,.bagi aku, itulah kawan yg AWESOME! Alhamdulillah, Allah tlh menganugerahkan aku kawan,teman dan sahabat seperti itu... kami kenal sejak form4 lagi..yg aku ingat, aku baru pndah ke sek men tun telanai mase form3..mase tuu, nk g sek pon rase berat aty jer sbb time tuu aku xjumpe lagi kawan yg betol2 aku rase "ngam" ngn aku..masuk form4, baru aku jumpe mereka berdua... Alhamdulillah, sampai sekarang kami masih rapat..lagipon rumah kami dekat2 jer, tu mgkin satu bonus bg kami... walaupon sekarang nie masg2 dah belajar jauh2, tp syukur sgtt, kami xpernah lost contact.. kadang2 ada yang terasa..tp bagi aku tuuu perkara biase..sedangkan adik beradik boleh bergaduh, apatah lagi kawan kann.. kadang2 guarauan kasar pon membuat masing2 terasa aty, aku tauu..tapi hakikatnya, tulah sebab sampai sekarang kita masih akrab,..gurauan yg buat hari2 tersenyum.. terima kasih sahabat.. semoga Allah sentiasa menjaga persahabatan kita.. sahabat untill jannah..insya Allah..
![]() |
| masing2 sume nak perasan cutee sokmo!amik niee, mmuahh setepek sorang! :P haha.. |
Tuesday, September 10, 2013
hatii ini :)
Alhamdulillah, masih lagi bernafas pada ketika ini.. dont forget say 'Alhamdulillah' to Allah :) mentang2 nak aktif blog, dalam sari 2,3 kali aku update post.haha.. tak kisahlaa, janji xkacau org.. hati? hati nie anugerah Allah yg sngat berharga.. jaga laa hati..susah nak jaga hatikan?.. kadang2, perasaan riak dan takbur tuu ade.. tp kita xsedar, perasaan tuu boleh buat hati kita gelap.. sikit2, lame2 jadi banyak.. nauzubillah.. apa yang aku paling takut adalah hati aku menjadi riak, takbur, hasad dengki, dan semua yg boleh menggelapkan hati.. susah nak jaga hati..semoga Allah sentiasa menjaga hati nie dari segala sifat keji.sebut pasal hatii, nie aku nak kongsi apa yang aku baca.. dulu aku tertanya-tanya, macam mana nak khusyuk dalam solat?.. sbb kita sendiri pon xyakin solat kita khusyuk atau tak.. sebenarnya, hati yg kotor jugak jadi punca kenapa kita xkhusyuk dalam solat.. nie aku share apa yang aku bace..tips khusyuk dalam solat.. sama2 kita amalkan..mudah-mudahan memberi manfaat utk kita sume..insyaAllah :)
Pilih tempat solat yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya. Termasuklah dengan memastikan telefon bimbit dimatikan sebelum solat.
Tips Dan Panduan Khusyuk Solat
Perkara-perkara berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap mukmin bagi mengekalkan solat yang khusyuk:
.
1. SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT:
.
i) Menjaga makanan, minuman dan pemakaian.
Khusyuk itu berkaitan dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu, pastikan apa yang kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain-lain hendaklah datang dari punca dan sumber yang halal tanpa syubhah.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.” (Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
ii) Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.”(Hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
iii) Wudhuk yang sempurna
Mengambil wudhuk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati niat. Sebab kesempurnaan solat juga terletak kepada kesempurnaan wudhuk.
Diriwayatkan daripada Abu Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda terganggu. Lalu apabila selesai solat Baginda bersabda: “Sesungguhnya bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk mereka. Oleh itu, siapa yang mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhuknya.” (Hadits riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
Di samping itu sebahagian kelebihan wudhuk itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan. Saidina ‘Umar RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya wudhuk yang baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
.
iv) Memakai pakaian yang bersih dan kemas.
Jangan memakai pakaian yang kurang selesa, seperti memakai sarung kaki yang sempit, mengikat serban terlalu ketat dan sebagainya.
Ditegah bersolat dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
.
v) Jangan solat dalam keadaan lapar.
Sebolehnya selesaikan atau perkemaskan segala urusan keperluan diri termasuk makan dan qadha hajat terlebih dahulu. Tujuannya ialah supaya tidak timbul kebimbangan dan ketidakselesaan ketika menunaikan solat.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
.
vi) Jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar atau air kecil.
Sabda Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “…dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis riwayat Muslim)
.
vii) Pilih tempat solat yang menenangkan
Pilih tempat solat yang suasananya tenteram, selesa, tidak bising dan sebagainya. Termasuklah dengan memastikan telefon bimbit dimatikan sebelum solat.
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan bahawa makruh menunaikan solat di tempat orang lalu lalang, kerana yang demikian itu boleh mengganggu kekhusyukan solat seseorang.
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma: “Bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam menegah mendirikan solat pada tujuh tempat: Tempat pembuangan sampah, tempat penyembelihan, kubur, tengah-tengah jalan, bilik mandi, tempat unta duduk di keliling air dan di atas Baitullah.” (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
.
iix) Gunakan Sejadah Tidak Mengganggu
Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. Pastikan supaya tidak ada objek atau gambar yang boleh mengganggu fikiran atau membimbangkan hati di tempat sujud.
Diriwayatkan daripada Saidatuna ‘Aisyah RadhiAllahu ‘anha bahawa Nabi ShallAllahu ‘alaihi wasallam pernah mendirikan solat di atas hamparan daripada bulu yang mempunyai objek lukisan, lalu Baginda bersabda: “Objek lukisan ini mengganggu aku, bawalah ia kepada Abu Jahm dan bawakan kepadaku hamparan tebal yang tidak ada ukiran.” (Hadits riwayat Muslim)
.
ix) Pastikan tiada gangguan
Tersebut dalam satu riwayat bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada seorang sahabat bernama ‘Utsman bin Thalhah RadhiAllahu ‘anhu: “Aku lupa untuk menyuruhmu menutup dua tanduk kibasy (dari pandangan orang). Maka sesungguhnya tidak sepatutnya ada di rumah sesuatu yang mengganggu orang yang solat.” (Hadits riwayat Abu Daud)
Imam an-Nawawi Rahimahullah menjelaskan mengenai riwayat di atas bahawa ianya memberi petunjuk akan galakan supaya menghindarkan atau menjauhkan apa-apa yang dikhuatiri melalaikan hati dari khusyuk ketika mendirikan solat.
Tersebut di dalam riwayat bahawa Abdullah bin ‘Umar RadhiAllahu ‘anhuma tidak pernah meletakkan al-Qur’an atau pedangnya di tempat solatnya, juga tulisan atau surat. Semuanya diletakkan di belakangnya atau di mana saja yang tidak dapat dilihat olehnya.
.
x) Solat Di Awal Waktu
Mendirikan solat di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
.
.
2. KETIKA HENDAK MENUNAIKAN SOLAT
.
i) Azan dan iqamah
Kumandangkan Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
.
ii) Lakukan Solat Secara Berjemaah
Berusahalah melakukan solat secara berjemaah kerana iaadalah suatu tuntutan dan syi‘ar agama Islam. Selain pahala solat berjemaah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang solat berjemaah itu akan memperolehi kekhusyukan ketika bersolat dan terselamat daripada perkara yang lagha dan boleh melalaikannya.
.
iii) Menghadirkan Hati.
Maksudnya ialah sebelum mendirikan solat kosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat solat yang dikerjakan.
Abu Darda’ RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan solat supaya dia masuk ke dalam solat dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.”
.
iii) Mengingatkan Mati
Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat ingatkan diri bahawa kematian seolah-olah amat hampir dengan kita dan solat tersebut kemungkinan merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup kita dan perlulah dijadikan yang terbaik.
Diriwayatkan daripada Hatim al-Asham RadhiAllahu ‘anhu bahawa ditanyakan kepadanya tentang solatnya, beliau beliau menjawab: “Apabila tiba waktu solat aku menyempurnakan wudhuk dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan solat. Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku. Kemudian aku berdiri menunaikan solatku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua keningku, titian ash-shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka solat ini adalah solatku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyu‘, aku duduk atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian aku tidak tahu sama ada solatku diterima atau tidak?”
.
iv) Membaca Zikir
Sebelum mengangkat takbir elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan.
Umpamanya seperti membaca:
a.) Surah an-Nas
b.) Ta‘awudz
c.) Tahlil:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
“Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.”
d.) Zikir:
امنا با الله و برسوله
“Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.”
.
v) Berusaha Melawan Gangguan Syaitan
Antara tipu daya syaitan ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa solat. Caranya ialah dengan memalingkan hati kita dari meneliti dan memahami apa yang sedang kita baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk hari akhirat dan keikhlasan ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seorang itu boleh menjadi ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah cukup atau masih lagi kurang.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan solat syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.” (Hadits riwayat Muslim)
.
.
3. KETIKA MENUNAIKAN SOLAT
.
i) Meneliti Dan Memahami Bacaan Solat
Meneliti bacaan-bacaan dalam solat, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an atau selain dari ayat-ayat al-Quran (tasbih dan takbir dan doa). Jika boleh, fahami makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati dalam solat. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
.
ii) Merendahkan Diri
Salurkan rasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta dipanjangkan tempoh masa rukuk dan sujud.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seseorang hamba paling dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis riwayat Muslim)
.
iii) Mengagungkan Allah SWT
Meliputkan hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam solat. Timbulkan Rasa Malu (Haya’) iaituperasaan malu terhadap Allah SWT dan merasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
.
iv) Menghindari Dari Memikirkan Hal Keduniaan
Meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
.
v) Tumpuan Penuh Pada Solat
Segala perhatian dalam solat itu hendaklah tertumpu hanya kepada mendirikan dan menunaikannya dengan yang terbaik sekali. Rukun-rukun solat perlu dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih) sambil menyedari bahawa Allah SWT sentiasa memperhatikan solat itu.
.
vi) Mengurangkan Pergerakan Anggota Badan
Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
.
vii) Sentiasa Melihat Tempat Sujud
Sentiasa melihat tempat sujud sekalipun orang itu buta atau bersolat di dalam gelap kecuali ketika membaca perkataan إلاّ الله dalam tahiyyat. Pada ketika itu pandangan orang yang solat itu dialihkan ke jari telunjuknya.
Jika memejamkan mata boleh mendatangkan khusyuk dalam solat seseorang itu, maka dibolehkan dia berbuat begitu dan hukumnya tidak makruh sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi.
.
iix) Lakukan Solat Dengan Thuma’ninah
‘Thuma’ninah’ (ketenangan), maksudnya anggota seseorang itu tetap diam atau berhenti seketika ketika melakukan ssesuatu ‘rukun fi‘li’ (perbuatan) di dalam solat seperti rukuk, sujud dan sebagainya, sebelum beralih ke rukun fi‘li seterusnya. Sekurang-kurangnya tetap diam seketika dalam tempoh pada kadar bacaan zikir: “سبحان الله” (SubhanAllah).
Maknanya, setiap pergerakan di dalam solat itu tidak dilakukan dengan tergopoh-gapah, cepat-cepat atau dengan kelam-kabut tetapi dilakukan dengan tenang dan relaks.
.
Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam ada mengajar kita tentang perkara ini di dalam sabda Baginda: “Apabila kamu berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah. Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan rukuk. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berdiri betul. Kemudian sujudlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan sujud. Kemudian bangkitlah sehingga kamu berthuma’ninah dalam keadaan duduk. Kamu buatlah yang demikian itu dalam semua solat kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
kenapa create blog?
Assalamualaikum.. entah tiba2 rasa macam nak aktif jer berblogging niee.. sebelum nie dah ade blog, tp sumenye mengarutt..ntah ape2!haha.. skrang nie dah create yang baru..harap berguna untuk semua :) Actually, aku tak tahuu sangat pasal blog niee... sbb tuu blog niee mcm kusam je kann?.. xreti nak design macam mana, tapi tengah mencuba.. kenapa aku create blog niee?..first, sbb aku rase mcm syok jer bercerita kat blog niee.. boleh share apa yg kita tauu, kita dapat.. tak salah kite share apa yang baik kann?.. second, yeee, aku yakin semua orang ade masalah..n setiap orang pasti ingin meluahkan apa yg ade dlm hati kann... kadang2, nk luah kat kawan rase segan, malu, n ade kawan yg xboleh nk diluahkan perasaan.. so, bolehlaa nk luah kat sini kann.. tapi, sebenarnya mengadu pada Allah ada laa lebih baik :) . next,.knp aku create blog?..alasannya yg sgt munasabah, sbbnye aku nak hilangkan rasa bosan...haAhah..lebih2 lagi time tengah praktikal niee,, teramatt bosan.. rasa dah lebam mata hadap lappy n online.. memtang2 laa internet free n laju kannn :P hihi.. pejam celik, pejam celik, esok dah ary last aku kat sini.. lepas niee dah xdpat guna internet free kat peladang nieee kann..hihi.. 3 bulan? mcm agak lame, tp sebenarnye kejap jer.. btw, dalam kebosanan disini, kegembiraan tuu tetap ada.. sbb gembira? staff kat sini sume sporting dan gila2 macam aku..hekhek.. lastly, kenapa aku create blog?.. ntah, dah abes idea.. hihi...to be continuee ;) kbaii!
| haha, macam niee laa hari2 kat tempat aku praktikal..muka sebek bosann! |
Subscribe to:
Posts (Atom)
